Thursday, December 30, 2010
Penutup 2010 & Pembukaan 2011
Salam untuk semua yang sudi meluangkan masa melawat blog aku ini. terlalu lama aku tinggalkan blog aku ini di sebabkan kerja yang banyak sejak akhir-akhir ini..aku rasa terlalu cepat masa berlalu kerna aku sekarang berada di penghujung tahun 2010.
Banyak kenangan yang aku lalui sepanjang 2010 ini, yang manis, yang pahit (ada juga walaupun tak lah teruk sangat) tapi alhamdulilah aku tabah melaluinya dengan semangat serta kekuatan yang ada ini. Pada aku jika kita melayan sangat segala masalah yang timbul tidak kira di mana pun ia akan membuat kita lemah..hidup mesti di teruskan walau apa pun terjadi..kerana kita hidup hanya sekali..Alhamdulilah aku masih di kelilingi oleh keluarga tercinta,sahabat handai yang setia (walaupun masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing dan jarang berjumpa) tapi masih boleh bertanya kabar melalui sms,FB dan juga YM..
Syukur aku kepada Ilahi yang meminjamkan aku nafas untuk aku terus hidup serta menjalani hari-hari ku..InsyAllah tak kan aku lupa mana asal ku..PadaMU aku bersujud dan meminta..Alhamdulilah kesihatan ku pada tahun 2010 ini amat baik sekali..tak kan ku lupa berdoa sentiasa agar perjalanan hidup aku di tahun 2011 ini akan lebih cemerlang serta bermakna juga dilimpahkan rezeki dari Nya.
Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)