Tuesday, January 24, 2012

Adakah Mandi Pada Waktu Malam Mudarat Bagi Kesihatan?


Dicatat oleh ustazcyber


KUALA LUMPUR, 10 Jan (Sumber) -- Adakah ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan?

Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik?

Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?

Dr Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan bahawa kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan dari kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.

Katanya mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau.

KEBAIKAN MANDI

Menurut Dr Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.

Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?

Kata Dr Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.

"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi".

Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.

"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria dari permukaan kulit.

"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun anti bakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.

"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.

EKZEMA

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.

"Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan," terang Dr Tan.

Katanya rawatan bagi kulit yang kering ialah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara yang terbaik adalah berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembab selepas itu.

"Tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering. Bagi tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air dari kulit.

"Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang punya masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit," terang Dr Tan.

JADUAL KERJA KETAT

Tetapi ada juga ramai yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana jadual kerja yang agak ketat. Ada juga yang punya masalah bila berjauhan dari rumah dan tidak sesuai dengan tempat di mana mereka berada.

Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan jadual kerja yang ketat menyebabkan ramai ahli perniagaan serta peniaga enggan mandi secukupnya.

Katanya ramai peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi lagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas mandi kerana menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.

"Gagal mandi adalah tidak baik bagi kesihatan dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan kita.

"Masalah itu boleh mengganggu keyakinan dan produktiviti kita," kata beliau.

Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

"Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini. Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air dari paip.

"Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar di mana masyarakat menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita dari mandi waktu malam.

"Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau.

PEMULIHAN BADAN

Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merelakskan otot badan.

"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.

Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?

Kata Hassan: "Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat".

Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau.

Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan.

Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.

-- BERNAMA

Bahaya Ketuhar Gelombang Mikro

Lagi Artikel untuk dikongsi bersama Seluruh warga kerja SIRIM Berhad dan Anak Syarikat
SEPULUH SEBAB KETUHAR GELOMBANG MIKRO (KGM) MESTI DI BUANG!!!!!!




Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di
bawah ini:


1. Makan makanan yang melalui proses KGM menyebabkan kerosakan otak

dalam jangka panjang iaitu ia “memendekkan” utusan elektrik di dalam
otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang
dimasak/dipanaskan di dalam KGM.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah
dengan mengambil makanan gelombang mikro.
4. Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam
badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau
berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan
kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat
meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang
menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar
gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut
dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser
meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan
merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum
darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan,
tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Bahaya Ketuhar Gelombang Mikro


Mengapa Ketuhar Gelombang Mikro Bahaya?
Ketuhar gelombang mikro (KGM atau microwave oven) ialah antara peralatan
moden yang popular di kalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di
dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan
pelanggan.
Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam
sekelip mata. Lebih-lebih lagi amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur
terutamanya. Para ibu dan isteri hanya perlu memasukkan makanan ke dalam
ketuhar dan tekan punatnya. Sekelip mata makanan panas sudah pun terhidang.
Justeru hampir setiap rumah kini memiliki KGM.


Cara Masak Melawan Fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula
dengan makanan panas di bahagian luar dahulu kemudian barulah haba masuk ke
bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan KGM, makanan yang dimasak atau
dipanaskan akan menjadi panas dibahagian dalam dahulu barulah haba bergerak
ke luar.
Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam KGM untuk satu tempoh
yang agak lama, katakan sejam. Walaupun kelihatan seperti belum masak,
tetapi jika dibelah tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang.
Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang
melawan fitrah lazimnya membawa keburukan.


KGM Pengancam Nyawa
KGM diperkenalkan kepada orang ramai pada sekitar pertengahan 1950-an.
Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan
gelombang mikro. Cuma kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan
penyelidikan dilakukan terhadap kesannya kepada kesihatan manusia.
Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan
yang sangat berbahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama
kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai
penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara
teorinya, menjelaskan penggunaan KGM turut menyumbang kepada meningkatnya
pelbagai penyakit yang mengancam nyawa.
Tidak hairan jika golongan remaja hari ini ramai yang diserang sakit
jantung dan orang muda seawal usia 20-an dan 30-an mati akibat kanser.


Makanan Jadi Toksik
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik
menggerakkan molekul-molekul makanan.
Molekul-molekul ini “dipaksa” berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan
cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan
berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula
menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.


Badan Tidak Kenal Makanan
Yang dibimbangkan tentang penggunaan KGM bukan radiasi yang terhasil tetapi
bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa
apa yang ditelan itu ialah makanan.
Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam
sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap “makanan mati” atau badan
mengumuhkannya dengan pantas.
Sungguh pun telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan
bahaya penggunaan KGM, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana
keuntungan yang diperolehi daripada penjualannya yang berlipat ganda.


Penemuan Mengejutkan
Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak
menggunakan KGM dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah
bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidamt di sebuah syarikat
makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur
memproses makanan secara luar tabi’i. Lantas dia bergabung tenaga dan
kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan
University Institute for Biochemistry.
Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan KGM terhadap 8 individu dengan
mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan yang dimasak
menggunakan KGM. Blanc dan Hertel mendapati paras hemoglobin mereka
menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan masakan KGM
cenderung mendapat anemia (kurang darah). Situasi ini bertambah jelas pada
bulan kedua penyelidikan.
Itu baru dua bulan, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan malah
bertahun-tahun?
Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan
bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:


http://www.mercola.com/article/microwave/hazards2.htm
http://www.cancersalves.com/
http://www.indigosu/n.com/august99/microwave.htm
article/microwave.html

Saturday, January 7, 2012

Jauh sekali ku bermenung di sini
Cuba mengerti cerita kita ini
Pernahku rasa kau dicipta untukku
Entah mengapa kau terlewat tiba meluahkan cinta

Sukarnya memendam rasa
Sukar menimbus rindu
Terpaksa ku lawan gelora

Walau kini hasrat yang kau bawa
Terhempas dari jiwa
Walau kini sesaat terasa
Bagaikan nadimu terhenti
Aku harus pergi membawa diri

Bukan mahuku menghampakan hatimu
Entah mengapa kau terlewat tiba
Meluahkan cinta

Biar pedih realiti ini
Kau perlu memahami
Dia yang terdahulu ke mari
Mengetuk di pintu kalbuku
Menghuni di sisi selama ini

Usah kau menanti
Mengharapkan kasih
Biarlah cerita di antara kita
Tamat akhirnya

Walau kini hasrat yang kau bawa
Terhempas dari jiwa
Walau kini sesaat terasa
Bagaikan nadimu terhenti
Aku harus pergi membawa diri


Aku harus pergi membawa diri

Thursday, December 8, 2011

2011-2012


Salam semuanya moga didalam keceriaan sentiasa(walau sesibuk mana pun hari-hari anda)kena jugak ceria/hiburan untuk diri sendiri(bukan hiburan liar :) hehehe). Hurmmm...lama sungguh aku tinggalkan blog aku nie,berhabuk bila lama tak kunjungi...ya lah aku pun busy dengan kerja yang tak habis-habis(di office aku tu-hanya office mate aku dan mereka yang pernah kerja disitu yang memahami keadaannya) tapi bukan hal office yang aku mau kongsi bersama(sebab aku tak mau hilang mood bila hal office masuk ke minda :)

Ok pejam,celik,pejam,celik rupanya hanya tinggal 23 hari lagi 2011 akan melabuhkan tirainya meninggalkan segala yang telah aku lalui sepanjang detik,hari,minggu,bulan di dalam angka tahun itu.Kalian semua pasti sudah capai segala yang diimpikan untuk dicapai pada tahun ini kan,pasti juga ada yang masih belum mampu dicapai,tapi selagi tak lelah mencuba dan mencuba aku percaya satu hari nanti atau tahun akan datang insyAllah apa yang kalian impikan pasti tercapai ;)

Bagi sahabat-sahabat di sekelilingku tak kira di laman sosial mau pun di tempat kerja aku ucapkan tahniah kerana kalian sudah beralih ke alam "berumah tangga" sememangnya ia adalah tanggungjawab yang besar yang akan kalian lalui,satu perubahan yang baharu dimana segalanya akan dikongsi bersama (bukan macam dahulu semasa solo-semuanya hanya sendiri) :) aku doakan kalian bahagia hingga ke anak cucu (nanti aku nak tengok anak-anak ko org ok..mesti cute)

Detik sedih bagi diri aku juga keluargaku dibulan Febuari,dimana bapaku telah kembali ke rahmatullah disebabkan penyakit kencing manis,paling sedih adalah ibuku...dialah yang menjaga bapaku semasa dihospital juga di rumah(aku hanya bergilir-gilir menolong ibuku menjaga bapaku ketika masa offday) itupun tak setiap minggu dapat aku jaga,tapi dua minggu sebelum arwah pergi aku sempat menjaganya dirumah(cuma rasa terkilan tetap ada kerana dalam keadaan penat juga kurang tidur semasa menjaga org yang sakit) aku ada terkasar memberi layanan dengan tanpa aku sedari..mungkin itulah yang buat aku rasa terkilan.Sesunggunya aku tak sengaja juga bukan niatku untuk buat demikian.InsyAllah tak putus doaku utk dia disana,moga arwah bapaku dicucuri rahmat,ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di sana Amin.

Perjalanan 2011 aku lalui boleh dikatakan penuh cerita,penuh dugaan dan kesedihan juga disulami keceriaan seketika mungkin ;) tetapi itu lah pengalaman yang ditempuhi,lalui dan ia mematangkan lagi diri ini..Aku terima segala Qada dan Qadar yang sudah tertulis.Perjalanan harus diteruskan kerana yang hidup tetap akan teruskan kehidupanya.

Moga 2012 yang akan datang memberi sinar keceriaan,kemajuan dalam hidup(di dunia maupun akhirat) buat aku,seisi keluargaku(jauh maupun dekat),sahabat-sahabatku,saudara-saudaraku semunya insyAllah.


Thursday, December 30, 2010

Penutup 2010 & Pembukaan 2011


Salam untuk semua yang sudi meluangkan masa melawat blog aku ini. terlalu lama aku tinggalkan blog aku ini di sebabkan kerja yang banyak sejak akhir-akhir ini..aku rasa terlalu cepat masa berlalu kerna aku sekarang berada di penghujung tahun 2010.

Banyak kenangan yang aku lalui sepanjang 2010 ini, yang manis, yang pahit (ada juga walaupun tak lah teruk sangat) tapi alhamdulilah aku tabah melaluinya dengan semangat serta kekuatan yang ada ini. Pada aku jika kita melayan sangat segala masalah yang timbul tidak kira di mana pun ia akan membuat kita lemah..hidup mesti di teruskan walau apa pun terjadi..kerana kita hidup hanya sekali..Alhamdulilah aku masih di kelilingi oleh keluarga tercinta,sahabat handai yang setia (walaupun masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing dan jarang berjumpa) tapi masih boleh bertanya kabar melalui sms,FB dan juga YM..

Syukur aku kepada Ilahi yang meminjamkan aku nafas untuk aku terus hidup serta menjalani hari-hari ku..InsyAllah tak kan aku lupa mana asal ku..PadaMU aku bersujud dan meminta..Alhamdulilah kesihatan ku pada tahun 2010 ini amat baik sekali..tak kan ku lupa berdoa sentiasa agar perjalanan hidup aku di tahun 2011 ini akan lebih cemerlang serta bermakna juga dilimpahkan rezeki dari Nya.

Amin.

Monday, August 2, 2010

Doa Pagi

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..

Setelah baca sebanyak 3 kali, forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah..

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

q
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

q
*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

q
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

q
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø
Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø
Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø
Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

q
3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø
Anak
Ø
Ibu
Ø
Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah
J

q
Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

q
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu

q
Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

q
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

q
*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kitadi tempat yang terbaik

q
Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø
“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø
*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø
Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

q
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

q
Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø
“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.


q
*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhakawalaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

q
*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

q
Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

q
Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

q
Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q
Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

q
*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

q
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

q
*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyukuntuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit,berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q
Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

q
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø
Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø
Symptom dah terkena saka
v
Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v
Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v
Susah nak dapat anak, senang gugur
v
Ada rasa kelibat orang lalu
v
Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

q
Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

q
Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

q
Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
q
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

q
Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
q
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø
Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi
J
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.


So info dah disampaikan, marilah kita s