Sunday, January 11, 2009

Lawak Rumahtangga

> RUMAH KAHWIN
>
> Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar,
> secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam
> beg.
>
> " Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
> Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
> " Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini
> tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak
> tinggalkan rumah ini ! "
> Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan
> membawa keluar sebuah beg pakaian.
> " Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak
> ikut awak keluar dari rumah ini ! "
>
> MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan !
>
> MALAM PERTAMA MALAM TERINDAH
>
> Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku istrinya,
> yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat
> bintang-bintang.
>
> Dengan jengkel suaminya berkata...
> "Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab
> sang istri,
> "Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup
> saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku
> akan menatapnya sampai pagi."
>
> BAKAL AYAH
>
> 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara
> isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
>
> Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu
> sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"
>
> "Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star
> Enterprised"
> Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
> "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
> "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M
> Corporation"
> Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulat ion!
> isteri you dapat kembar empat,"
> "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season
> Hotel!"
> Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
>
> Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"
> Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven
>
> AWAL, PERTENGAHAN, PERNGHUJUNG PERKAHWINAN
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Jom kita pergi shopping"
> Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
>
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Jom kita pergi shopping"
> Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
> ke..teksi ke.."
>
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Jom kita pergi shopping"
> Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."
>
> ***
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
> Suami : "OK..no problem.."
>
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
> Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
>
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
> Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."
>
> ***
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Ayang mengandung.. "
> Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
>
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
> Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
>
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
> Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."
>
> ***
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
> Suami : "OK..no problem.."
>
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
> Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
>
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
> Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar
> ngan maid kita yg baru ni...."..
>
> ***
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
> Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
>
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
> Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
>
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
> Suami : "kompang nak ?"...
>
> ***
>
> Awal Perkahwinan
> Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
> Suami : "takpe, biar abang masak.."
>
> Pertengahan Perkahwinan
> Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
> Suami : "masak jer la apa2 jer.."
>
> Penghujung perkahwinan
> Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
> Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

No comments:

Post a Comment