Wednesday, April 21, 2010

TIP KEMPISKAN PERUT BUNCIT


Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya. Tips berikut
sangat
sesuai bagi sesiapa yg merasakan dirinya boroi!

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat
mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan
mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan
jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air
juga
menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan
kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar
dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara
tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan
penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara
perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian
kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan
banyak gas yang menimbulkan penggelembungan

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan
tubuh
yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel.
Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi
penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam
buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat.
Aspirin
kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan
penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali
buang
air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut
terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan
pengambilan
serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk
menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut
yang
dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan
dan
masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke
hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti
aerobik.

2 comments: