Cara membezakan restoran mamak, hindu
Posted on Monday, May 26 @ 20:52:48 MYT by reformis
www.afyan.com
Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah
terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai
mamak Muslim dengan bukan mamak y ang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama
hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidang kan "tuhan"
mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang
di anggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan
dihidang kan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang
menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pel anggan dengan menggantungkan poster-
poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu
menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali
menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan
menghidang kan tuhan mereka itu.
Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala
Lumpur , dengan cara begini;
Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk.
Selalunya akan tercatat pada lauk daging "daging lembu"
atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu
semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk
berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran
tersebut; "ada lauk daging tak?"
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging
lembu tiada".
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya
kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperang kan
dan tergagap-gagap untuk menjawab..
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim
dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran
Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala
Lumpur..
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan
mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak
ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran
mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO
di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran
Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-
poster keislaman, tetapi apabila ditanya tent ang lauk daging lembu,
mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!
Terima kasih kerana memasukkan artikel saya di sini :)
ReplyDeletewww.afyan.com