Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) ".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Assalammualaikum semua; Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari" Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada) - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah Kesimpulannya: - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) |
Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.
No comments:
Post a Comment