Saturday, September 12, 2009

JUALAN KERETA MURAH - 3 BULAN KERJA CONFIRM BOLEH BELI CASH.

Proton Gen2.. MURAH...!!!!

di UK laa.. Malaysia tidak. hehe..

Sila Compare harga PROTON 2nd hand
2004-2007 antara UK dan Malaysia . hehe.




Ini adalah utk rakyat UK
.

Gaji Pegawai Awam biasa UK = 2,400++ (pound sterling)

Harga Proton Savvy …. ……… 5,000 pound only
Harga Proton Satria Neo …….. 3,500 pound only
Harga Proton GEN-2 ………….. 5,700 pound only

QUALITY: Very Quality, tahan lasak, body-baik-punya, enjin full spec, injection lagi. Jimat minyak, bunyi tak bising. (sebab UK akan reject kereta2 yang di import kesana jika tidak memenuhi spec atau syarat)

sumber harga:
http://www.savemoneyoncars.co.uk/cheap_new_cars_display/Proton/

Ini adalah utk rakyat Malaysia .

Gaji pegawai Awam Biasa M’sia = RM2,200 ++ (Ringgit Malaysia)

Savvy (2007) …….. RM 32,000 ++
Gen-2 (2007) ……..RM 44,000 ++
Satria-Neo (2007) .. RM 46,000 ++

sumber harga:
http://www.hasrul.net/lain-lain/senarai-harga-proton/ (susut nilai sila kira sendiri)

Rasanya semua sedia maklum kualiti kereta Proton di Malaysia = mahal nak mampus+body kualiti tin-biskut aje+tahap keselamatan yang rendah. ( sebab tiada siapa yg boleh reject kereta Malaysia yg dijual kepada rakyat Malaysia walaupun kereta tu memang kereta reject ).
Harga kereta di Malaysia sangat mahal jika compared relatively dengan purata gaji pegawai awam di Malaysia . (sebagai benchmarks la..)

TETAPI

Kerajaan Malaysia tidak bagi alternatif untuk rakyat Malaysia kerana KERAJAAN SEHINGGA KE HARI ini GAGAL untuk MENYEDIAKAN SISTEM Transport-Awam Yang Efektif. (Tidak seperti UK , di UK bas akan tiba pada setiap 5-minit di kawasan Suburban)

Rakyat Malaysia DIPAKSA MEMBELI KERETA-PROTON yang rendah mutunya DENGAN HARGA yang mahal gila dan x munasabah, dengan cara kerajaan mensyaratkan pada bank2 di Malaysia , hanya kereta nasional saja boleh diberikan pinjaman penuh (FULL LOAN).
Akibatnya, Rakyat Malaysia terpaksa BERHUTANG sehingga mati….

Pada Masa yang sama, KERAJAAN MALAYSIA

1. Mengenakan insurance yang x masuk akal..

2. Menaikkan harga Petrol Mendadak dengan Harga luarbiasa semasa rega minyak dunia per-barrel naik.

3. Menyediakan lebuh-lebuhraya bertol..

MAKA Rakyat Malaysia beratus-ratus kali-ganda rugi…. Menteri pula bertambah2 kaya raya..

Aduhai…malangnya rakyat Malaysia .

CF - http://www.izoblog.com

BS: Aku buat kira2 skit..

2,400 Pound jika ditukar kepada Ringgit Malaysia = RM13,953.9
dikalikan pula dgn
3bulan = RM44,861.7

Bermakna jika aku berkerja tanpa makan sebutir beras dan minum setitik air selama
3 bulan di UK , aku masih tak mampu nak beli Satria-neo 2nd hand kat malaysia yang harganya RM46,000.

Tapi org UK , gaji
2,400 Pound dikalikan dgn 3 bulan = 7,200 pound Harga satria-neo kat sana baru 3,500 pound.
Bermakna
7,200 - 3,500 = siap ada baki 3,700 pound lagi...

Perghhh... Memang boleh mampos dok kat Malaysia mcm nih.. Patutlah pemimpin kaya raya tp rakyat papa kedana.


2 comments:

  1. betul la tu. kita ni susah dan makin susah. tapi menteri dan sgl mak nenek tu makin senang. dah la pemandu dapat, kereta free, minyak free, elaun keraian dapat, tu pasal diorg buat open house tu. ingat dia nak pakai duit sendiri? huh...

    ReplyDelete