Sunday, February 22, 2009

Bowling Tournament -by Account Dept



Ntahlah kenapa baru hari ini aku terlintas utk mencoretkan serba sedikit perjalanan hidupku utk mggu nie,apa aku buat,di mana aku pergi,siapa aku jumpa..seperti kebiasaan aku bekerja dgn jawatan dan tpt kerja skrg,Alhamdulilah kira aku masih ada kerja,kerna ramai di luar sana yg tidak @ baru kehilangan pekejaan akibat masalah ekonomi dunia yg tidak berapa stabil buat masa ini.jawatan aku tidaklah beso mana..tp aku selesa memikul jawatan tu walaupun bukan bekerja dlm waktu pejabat(office hour) tp aku tak kisah,lg pun sblm nie pernah jugak kerja diwaktu pejabat(semasa di ibupejabat dulu).mggu nie aku 1/2day pada hari khamis dan offday pada hari jumaat..sabtu aku ada perlawanan bowling di Bukit Jalil Golf & Country Resort,peh! last aku men bowling pada masa mula-mula aku dipindahkan ke ibupejabat(KL) drpd JB..lebih kurang 4-5 tahun yg lepas huhuhu..biasalah lama x men bowling..ada gak ke longkang hehehe tp x ar byk sgt..strike ada ar brapa kali & double strike skali..kira x ar expert mana pun banding ngan 3 lg kwn dlm group aku tu..Alhamdulilah..group kami menang pd ptg tu..rezeki katakanlah,wpun hadiah x beso mana pd aku yg penting kami happy dpt join togather dgn officemate lama drpd HQ bersama bekas-bekas pekeja yg pernah kerja bersama di bwh satu bumbung jumpa kembali tuk game tu.Biasalah terimalah penangan klu lama x men bowling..hari nie(ahad) tangan kiri aku,blakang bdn aku serta peha aku sakit sgt...klu dpt di urut bdn nie aku rasa lega kot..tp x de sape yg bole aku mntak tolong urutkan huhuh..nasib baik aku apply cuti sbb aku dah sure mesti bdn aku sakit2..tp esok dah mula keje..harap esok aku dah ok dan x sakit mcm skrg huhuh..jap lg aku nk cari Panadol Join Pain/Active Fast utk ilangkan sakit sendi akibat men bowling semalam.Ujan skrg nie..so jap2 lg ar aku turun p bli mkn skali.

Saturday, February 21, 2009

MAJLIS AKIKAH

Anak lelaki sebaik-baiknya diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu kalau kurang mampu seekor kambing atau satu bahagian lembu pun boleh
Tolong refer kat bawah....... ......

  • Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seor ang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah y ang maksudnya:
"Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor."
  • Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
  • Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
  • Malik, Asy Syafi'e, Ahmad dan jumhur ulama berpendapat, aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). Juga dibolehkan seekor unta atau seekor lembu misalnya dikongsi sehingga tujuh or ang walaupun ada bahagian daripada lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.
  • Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).
  • Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya.
  • Menurut satu golongan, jika seor ang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.
4: Bolehkah mengaqiqahkan anak lelaki dengan seekor kambing sahaja?
J: Anak lelaki sebaik-baiknya diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut. Ini kerana Rasulullah S.A.W. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan;
“Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.
Wallahuaklam

Top
5: Bolehkah berkongsi tujuh or ang (bahagian) bagi seekor lembu dalam ibadah aqiqah?
J: Seperti y ang kita sama-sama ketahui bahawa bagi anak lelaki sunat diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, dan bagi anak perempuan sunat diaqiqahkan dengan 1 ekor kambing, akan tetapi jika sekiranya seekor lembu atau unta disembelih dengan niat menggantikan tujuh ekor kambing atau 7 bahagian aqiqah, maka ia dibolehkan. Wallahuaklam
Top
6: Adakah wajib menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki dalam ibadah aqiqah?
J: Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki itu bukanlah suatu kemestian, kerana Rasulullah S.A.W sendiri telah melaksanakan aqiqah cucu Baginda, Hassan dan Hussain dengan masing-masing seekor kambing.
Dalam sebuah hadis telah diriwayatkan;
“Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.
Wallahuaklam

Hukum melumurkan darah haiwan aqiqah pada anak atau pintu r uma h
1: Apakah hukum melumurkan darah haiwan sembelihan aqiqah ke atas kepala anak yang baru dilahirkan?
J: Adalah makruh melumurkan darah haiwan sembelihan aqiqah di kepala anak y ang diaqiqahkan. Ini kerana Rasulullah melarang daripada perbuatan y ang sedemikian. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah R.A.;
“Mereka di zaman jahiliyyah menyapu darah haiwan aqiqah dengan kain lalu dilumur ke atas kepala anak y ang baru dilahirkan itu, maka Nabi S.A.W memerintahkan mereka menukarkan darah tersebut dengan wangian.” Wallahuaklam

Top
2: Apakah hukum bagi orang y ang melumuri pintu rumah dengan darah haiwan aqiqah ataupun korban bagi tujuan dijauhkan dari syaitan?
J: Adapun or ang y ang melumuri pintu rumah mereka dengan darah aqiqah atau korban adalah salah dan haram dari hukum agama. Ini kerana ia termasuk perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, dan kepercayaan yang mengatakan akan dijauhi syaitan apabila menyapu darah korban ataupun aqiqah pada pintu rumah adalah bertent ang an dengan pegangan akidah umat Islam. Wallahuaklam

MAJLIS AKIKAH
Akikah merupakah salah satu perbuatan y ang amat digalakkan dalam Islam. Perbuatan ini terdapat dalam hadis sahih dan amalan Rasulullah s.a.w.
akikah berbeza dengan cukur jambul. Tetapi, masyarakat kita selalu tersalah faham dengan kedua-dua majlis ini. Akikah ialah perbuatan menyembelih binatang ternakan sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH di atas kelahiran bayi yang baru pada hari ke 7, 14 atau 21 hari. Manakala, cukur jambul pula ialah perbuatan mencukur semua rambut bayi pada hari ketujuh kelahirannya.
Perbuatan menyembelih binat ang akikah hanya disunatkan dalam Islam. Ini kerana ia adalah sunnah daripada Rasulullah s.a.w. ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:Samurah bin Jundub r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:
“Anak y ang baru lahir hendaklah diakikahkan untuknya dengan menyembelih binatang pada hari ke tujuh. Pada hari itu juga diberikan nama-nama yang baik serta dicukur semua rambutnya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, al-Nasai, dan Abu Daud)

Tidak ada pendapat yang sahih mengatakan bahawa ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kadang -kadang , ada or ang yang menunaikan akikah ini walaupun umurnya sudah lanjut, sedangkan sunnah melakukan akikah semata-mata melahirkan rasa syukur ketika mendapat anak yang baru dilahirkan.

Tidak pernah thabit perbuatan para sahabat, apabila mereka kembali kepada Islam, mereka disuruh melakukan akikah. Ini kerana, akikah hanya dilakukan pada hari ketujuh sahaja. Tetapi, sebahagian ulama mengharuskan hingga ke hari 14 dan 21.

Pendapat kebanyakan ulama hanya mengharuskan untuk melewatkan akikah, tetapi dengan syarat ia masih kanak-kanak. Tetapi, kalau sudah dewasa, ia tidak termasuk sunnah dan hanya dikira sebagai sedekah biasa.
Jika bernazar seperti katanya: ‘Kalau ada rezeki, saya akan tunaikan akikah ini’ dia wajib menunaikannya walaupun telah dewasa. Jika tidak mampu, dia terlepas daripada kewajipan ini.
Manakala, kadar bil ang an binat ang y ang digunakan mengikut jantina, iaitu lelaki dengan dua ekor kambing dan perempuan dengan seekor kambing.Aisyah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:
“Diperintahkan melakukan akikah bagi anak lelaki dengan dua ekor kambing dan bagi anak perempuan seekor kambing.”(Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, al-Nasai dan Ibn Majah)t

Selain itu, anda boleh makan daging akikah tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis di bawah:
Aisyah r.a berkata mengenai daging akikah:
“Agihkan ia.. Kamu boleh makan dan buat lauk.”(Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf)

Ibn Sirin dan Hasan al-Basri berkata:
“Kedudukan akikah sama dengan binat ang korban. Ia boleh dimakan dan dijadikan lauk pauk.” (Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah)

Terdapat banyak perbuatan sunat boleh dilakukan pada majlis akikah itu. Antaranya,
1- Tahnik
Tahnik ialah perbuatan membelah mulut bayi dengan manisan seperti kurma, kismis dan sebagainya. Perbuatan ini tergolong dalam sunnah Rasulullah s.a.w. ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:Abu Musa al-‘Asy’ari r.a berkata:

Maksudnya:
“Anak lelaki aku baru dilahirkan lalu aku bawa kepada Nabi s.a.w. Beliau menamainya dengan Ibrahim dan menyuapkan buah kurma ke dalam mulutnya (tahnik) serta mendoakan keberkatan buatnya. Setelah itu, dia mengembalikan anak itu kepadaku.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2- Memberi nama
Kita disunatkan supaya memberi nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada hari akikah tersebut. Oleh itu, berikanlah nama-nama yang terbaik untuk bayi anda. Janganlah mencipta nama yang terlalu moden sehingga anda sendiri tidak tahu maksudnya. Ini kerana, nama adalah doa pada seorang .Samurah bin Jundub r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya:
“Anak y ang baru lahir hendaklah diakikahkan untuknya dengan menyembelih binat ang pada hari ke tujuh. Pada hari itu juga diberikan nama-nama yang baik serta dicukur semua rambutnya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, al-Nasai, dan Abu Daud)

3- Mencukur semua rambut
Kita disunatkan mencukur semua rambut bayi pada hari ketujuh kelahirannya. Terdapat kesilapan masyarakat kita pada hari ini. Mereka hanya mencukur jambul sahaja. Ini bukan perbuatan Rasulullah s.a.w. Baginda menggalakkan umatnya supaya mencukur semua rambut bayi yang baru lahir. Ini berdasarkan hadis di bawah:
Ali bin Abu Talib r.a berkata:
Maksudnya:
“Rasulullah s.a.w telah mengakikah untuk cucunya al-Hasan dengan seekor kambing. Kemudian baginda bersabda: Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan sedekahkan meningikut timbangan berat rambutnya dengan harga perak. Aku (Ali) berkata: Berat timbang an itu ialah satu dirham atau setengah dirham.”(Hadis riwayat al-Tirmizi)

4- Khitan (bersunat) kerana menjaga kebersihan anak-anak daripada najis.Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Fitrah sebagai seorang Muslim lima : berkhatan, cukur ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai.”(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebagai seorang Muslim, kita perlu melakukan apa yang telah disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Ia adalah sunnah yang perlu dihidupkan. Luaskan ilmu agama dengan memperbanyakkan membaca, meneliti dan mengkaji hukum ALLAH ini.

50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI

- Para isteri pun boleh baca

Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa
berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang .
Ramai suami terlupa.


2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa
isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda.
Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk
sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.


4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun.
Senyumlah apabila sampai ke rumah.


5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?


6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa
seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.


7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau
gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan
mengeratkan hubungan suami isteri.


8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai
suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.


9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa
makan.


10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunah y ang dapat mengeratkan hubungan suami
isteri.


11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan
pasangan anda.


12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan
bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan
menyelesaikan banyak masalah.


13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat
dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi
mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?


14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang .
Elakan cakap tak serupa bikin.


15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri
bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri
derita dan rumah tangga terancam.


16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri y ang
bahagia membentuk keluarga sejahtera


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan
keluarga juga patuh kepada Tuhan.


18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami
secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri
kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.


19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami
y ang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada
suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?


20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman,
sayang dan endah. Suami y ang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat
suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami.
Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga
bahagia dan isteri mudah masuk syurga.


22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih say ang . Isteri
merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur y ang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.


23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah
dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati
keluarga bagi mendapat hikmah.


24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.


25. Suruh isteri dirikan sembahy ang dan ibadah lain. Apabila
berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang .
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini
sehingga suami meninggal dunia.


26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara
serta berteraskan iman dan takwa.


27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang , isteri akan gemilang .


28. Pamer keprihatian y ang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut berikan kepada keluarga.


29. Pamer kemat angan yang tinggi. Or ang yang matang tenang , sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan
masalah.


30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai
lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa
terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebar ang wanita
termasuk pembantu rumah.


31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami.
Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menang is.
Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih
disayangi wanita.


32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan
karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari
alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.


33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa,
cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta
maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan
baiki amalan dan tindakan.


34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha
supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli
keluarga.
Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?


35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk
keluarga.
Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina
keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.


36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik
keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik
diri dan keluarga.


37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk
dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi
menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.


38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam
menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi
nasihat. Tegas sangat or ang memberontak, lembut sangat orang pijak.


39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang
pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan
fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk
sentiasa memuji.


40. Cari pelu ang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini
termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat
sebelum disuruh, sentuhan sayang , pujian dan memberi hadiah.


41. Fahami y ang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula
berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon,
SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan
mengubat rindu.


42. Bentuk kerjasama y ang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati
dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama
melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak
berdoa.


43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan
yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka.
Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.


44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan,
pasti isteri bahagia. Bayang kan cara anda melayan isteri sebelum
kahwin. Ulangi layanan itu sekarang . Pasti hebat kesannya.


45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan,
Pandang an dan pandapat isteri y ang betul. Jangan bangkang perkara
yang baik. Kawal macho dengan saksama.


46. Buat undang -undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah,
isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini
mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.


47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.
Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan
isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut
sebarang lintasan dalam hati.


48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang . Pesan selalu dan
nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat,
minum petang , waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.


49. Seimbang kan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin
juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri.
Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang ,
sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.


50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas,
lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang
positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi,
sembahyang taubat dan maafkan semua orang .

SWEET-SOUR KETAM


Bahan-bahan
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]

Bahan hiris
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..

LET's Burn those calories


CALORIES BURNED DURING SEX !

REMOVING HER CLOTHES:

With her consent

12 Calories

Without her consent

2,187 Calories

OPENING HER BRA:

With both hands

8 Calories

With one hand

12 Calories

With your teeth

485 Calories

PUTTING ON A CONDOM:

With an erection

6 Calories

Without an erection

3,315 Calories

POSITIONS:

Missionary

12 Calories

69 lying down

78 Calories

69 standing up

812 Calories

Wheelbarrow

216 Calories

Doggy Style

326 Calories

Italian chandelier

2,912 Calories

ORGASMS:

Real

112 Calories

Fake

1,315 Calories

POST ORGASM:

Lying in bed hugging

18 Calories

Getting up immediately

36 Calories

Explaining why you got out of bed immediately

816 Calories

GETTING A SECOND ERECTION:

If you are:

20-29 years

36 Calories

30-39 years

80 Calories

40-49 years

124 Calories

50-59 years

1,972 Calories

60-69 years

7,916 Calories

70 and over

Results are still pending

DRESSING AFTERWARDS:

Calmly..

32 Calories

In a hurry

98 Calories

With her father knocking at the door

5,218 Calories

With your wife knocking at the door

13,521 Calories

Results may vary !

THERE ' S A LOT OF SADNESS IN THE WORLD

Right now, as you read this,

69 Million People are having SEX !

And you ' re on the computer !!!