Friday, February 20, 2009

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong...pehhh

On Thu, Feb 19, 2009 at 10:40 AM, Noe <noorleen@gmail. com> wrote:
>
>> Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri
> masing masing.
>
> 1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
> 2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
> 3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)
>
> So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.
>
> Elaun untuk Permaisuri Agong ialah
>
> 1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
> 2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).
>
> Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.
>
> Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdownnya adalah seperti berikut
>
> 1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
> 2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880
>
> Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
>
> Anda tau tak wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.
>
> Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.
>
> 1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
> 2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500
> sebulan.
>
> Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?
>
> Pencen khas untuk balu Agong
>
> Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).
>
> So, ini lah yang Siti Aishah dapat.
>
> 1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
> 2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
> 3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.
>
> Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)
>
> Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.
>
> 1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
> 2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
>
> So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.
>
> Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah
>
> 1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
> 2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.
>
> Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.
>
> Elaun lain lain untuk kerabat ialah
> Raja Muda - RM13,000
> Raja Puan Muda - RM5,200
> Tunku Bendahara - RM4,000
> Bini Tunku Bendahara - RM1,250
> Tunku Temenggung - RM3,500
> Isteri Tunku Temenggung - RM900
> Tunku Laksamana - RM3,000
> Isteri Tunku Laksamana - RM600
>
> Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.
>
> Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.
>
> Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen. Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005.
>
> Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,
>
> Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
> Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
> Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
> Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
> Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40
>
> Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
> Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79
>
> So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah
>
> = RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
> = RM56,753.84.
>
> Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.
>
> Pencen:
> 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
>
> Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.
>
> Gratuity:
> 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)
>

1 comment: