Sunday, March 22, 2009

DUSTA

From: Shania Opal
Date: Fri Mar 6, 2009 3:33 pm


Ancaman Terhadap Penyebar Dusta
Menyebut-nyebut khabar bohong atau dusta di
kalangan orang yang beriman bukanlah pekerti
orang yang beriman sejati. Seorang mukmin tidaklah
punyai masa terluang buat
menyebarkan berita keji. Sedangkan jika benar
di suruh menutupnya, apa lagi jika hanya semacam
propokasi belaka untuk menambah kekacauan.
Tukang siarkan berita bohong
akan disiksa di dunia dan di akhirat.

ALLAH berfirman yang bermaksud:
Sesunguhnya orang-orang yang suka sekali supaya tersebar
berita-berita keji dalam kalangan orang-orang yang beriman,
mereka akan mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat.
ALLAH yang Maha Tahu dan kamu semua hendaklah mengetahui.
(Ayat 19- Surah An-Nur)
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah engkau turuti jejak
langkah syaitan, kerana syaitan hanya menyuruhmu berbuat
kejelekan dan kemungkaran. Kalau bukanlah kurnia ALLAH
kepada kamu dan rahmatnya, tidak seorang pun jua diantara
kamu yang bersih dari dosa, tetapi Tuhan ALLAH membersihkan
sesiapa yang dikehendakiNya. Dan ALLAH Maha Mendengar dan
Mengetahui.
(Ayat 21)
Jangan Berbohong
Hadith :
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Saya dengar nabi SAW bersabda:
”Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera
yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.”
(Bukhari)
Huraian
Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafiq, di antaranya:
Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan
apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW
menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam
dosa besar. Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada
Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku
bahawa dia tidak dapat
meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.
Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya:
” Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!). " Ternyata
dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu,
lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya
kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat
baginda itu."Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika
saya menjawab:”Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku
bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti
dari berzina.

No comments:

Post a Comment