Date: Fri Mar 6, 2009 3:22 pm
Salam dan selamat bercuti hujung minggu,
Lapangkan minda dan lupakan sebentar kemelut
politik yang membuatkan sesak minda dengan pelbagai
insiden, kita nikmati keindahan semula jadi ciptaan
ALLAH untuk memberi ketenangan dan merenungi untuk apa
ALLAH ciptakan ini semua.dan sentiasa mensyukuri nikmat
yang dianugerahkan.
ALLAH S.A.W berfirman: berarti ALLAHlah yang menciptakan tujuh
langit dan demikian pula dengan bumi. Perintah ALLAH berlaku pada-
nya agar kamu mengetahui bahawasanya ALLAH Maha Kuasa atas
segala sesuatu. Dan sesungguhnya ilmu ALLAH benar-benar meliputi
segala sesuatu. (At-Thalaq:12)
Lihatlah tingginya langgit dan ALLAH menciptakan dengan sempurna
tanpa punyai retak-retak sedikit pun, langit umpama atap rumah, dan
bumi seperti hamparan permaidani. Setiap yang ALLAH ciptakan adalah
untuk keperluan manusia.
Cuba kita renungi keindahan diwaktu siang dan malam hari, warna yang
terdapat sangat bersesuaikan. Kita tidak pernah jemu menikmati keindahan
alam semulajadi malah mendatangkan nikmat ketenangan. Dan lihat lihat-
lah walau secantik mana pun hiasan rumah kita untuk dibandingkan, lama-
kelamaan kita akan jemu. Tapi menikmati keindahan ciptaan ALLAH tanpa
jemu. Ada garis orbit yang menjadi jalan yang dilalui dari sebelah timor
hinggalah barat. Ia teratur dan wujudnya tidak datang secara tiba-tiba.
Begitulah ciptaan ALLAH yang Maha luas dan uniq,
No comments:
Post a Comment