Tuesday, March 31, 2009

Lelaki

From: Shania Opal
Subject: ((Tmn2Syurga)) LELAKI

Tujuan Islam ialah membangunkan masyarakat Islam yang bersih sesudah terbangun rumah tangga yang bersih. Manusia lelaki dan perempuan diberi syahwat kelamin (sex) agar mereka jangan punah dan musnah dari muka bumi. Lelaki memerlukan perempuan dan begitulah disebaliknya. Begitu juga jantan memerlukan betina dan juga disebaliknya. Tetapi manusia diberi akal dan akal sendiri menghendaki hubungan² yang teratur dan bersih. Syahwat adalah keperluan hidup. Tapi kalau tidak dikendali maka keburukan dan kekotoranlah yang akan timbul juga amat sukar untuk diselesai.

Lelaki yang beriman diberi tugas agar matanya jangan liar bila melihat wanita cantik, atau memandang bentuk badannya yang mengiurkan. Dan hendaklah dia memelihara kemaluannya dan memelihara tenaga kelelakiannya supaya jangan terceroboh.pandanga n mata yang tidak terkecuali memberangsangkan syahwat dan memiliki apabila syahwat telah menguasai diri dan tidak terkendali lagi makan kelamin menghendaki kepuasannya pula. Dan syahwat selamanya tidakkan puas.

Apabila sekali syahwat tidak terkendali itu telah menguasai kelamin, sukarlah bagi seseoarang melepaskan diri daripada kongkongannya. Lama kelamaan segenap ingatannya sudah dikuasai oleh syahwat itu. Dia akan berzina dan sekali zina adalah permulaan dari zina terus. Syahwat nafsu kepada seorang wanita hanyalah semada masa sebelum disetubuhi dan setelah nafsu itu dipuaskan dia meminta lagi dan meminta lagi. Ertinya ialah permulaan dari penyakit tidak akan pulih selama-lamanya, sampai hancur peribadi dan hilang kendali atas diri. Menjadilah orang yang kotor dan terperosok kepada penyakit² lain seperti homosexual, lesbian dan onani. Yang pertama diterangkan bahawa usaha pertama untuk memeliharanya yang pertama ialah menjaga penglihatan mata, jangan meliarkan mata. Pandangan pertama tidaklah disengajakan, bagi orang² yang beriman tidaklah menuruti pandangan pertama dengan pandangan kedua.

Yang kedua ialah memelihara kemaluan atau kehormatan diri. Kerana alat kelamin adalah amanat Allah yang disedari oleh manusia yang berakal apa akan gunanya. Menahan penglihatan mata itu adalah menjamin kebersihan dan ketenteraman jiwa.

Surah An.Nur (30)

Katakanlah kepada orang² beriman (lelaki) itu, supaya mereka menekurkan sebahagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian adalah lebih bersih bagi mereka. Sesungguhnya tuhan Allah lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan.


Hasil temu ramah dengan beberapa lelaki yang telah bergelar suami ( untuk berkongsi renungan )

Soalan pertama: Apakah ada kemungkinan untuk beristeri lebih dari satu?

Jawapan: Memang ada keinginan untuk memiliki lebih dari satu, kalau tak bukan lelaki namanya. Itulah naluri seorang lelaki.

Soalan: kenapa suka pandang wanita lain selain isteri sendiri

Jawapan: Terdapat wanita diluar lebih menarik dari isteri di rumah, biasanya wanita kalau keluar akan menghiasi diri lebih cantik dirumah tak kira samada isteri orang atau wanita bujang.

Soalan: Bagaimana anda memandang wanita dari semua sudut

Jawapan: Ada juga lelaki yang dah berkahwin akan pandang wanita dari mata terus meresap ke nafsu, pandangan mereka terus focus pada nafsu dan keinginan yang diluar batasan.

Soalan: Banyak hubungan yang dilarang maksud saya hubungan suami/isteri dengan suami/isteri orang

Jawapan: Hubungan/berkawan dengan isteri orang atau janda lebih menarik kerana mereka lebih matang dan lebih memberi focus dan tidak seperti kebudak-budakkan, minda juga lebih terbuka kalau dibandingkan dengan wanita² yang belum berkahwin atau dianggap menjemukan dengan pasangan mereka. Kalau dalam perasaan sekarang kadang² geli tengok perangai perempuan muda yang belum berkahwin. Dan tak dinafikan kenapa lelaki bujang boleh teruja dengan isteri orang tapi kalau wanita suka pada suami orang dah tak dapat dipertikaikan lagi.

P/S: jangan marah all, ini saja yang sempat saya temu bual dengan lelaki-lelaki.

Yang baik dari ALLAH, yang tidak baik kelemahan saya, harap maaf.




Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

Ya ALLAH!!
Manakala hati ini menjadi keras dan semua
jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku
kepada keampunanMu sebagai tangga
keselamatan.

No comments:

Post a Comment